kudos to Cikgu Sila :) ... the foundress of BADLEH ... thank you Cikgu ^^
Haaaaa gituuu.. amekaw Hahahaha
Yang atas besar gedabak tu la jampi serapah para budak PA ni
Tapi bukan ler jampi serapah betul ye hahaha.. don't take it too literally
Benda alah ni la yang korang kena belajar dalam Bab 2 Tingkatan 4
Nak kata alah pun tak de la alah sangat, PENTING kot jampi ni sebab jampi ni la basic untuk kita faham apabila kita tengah buat akaun nanti
Kalau kau boleh kuasai konsep BADLEH ni , In Sha Allah
Dijamin kuasai subjek Prinsip Perakaunan dengan jayanya
Aamin
(ye la kan.. kalau dah faham, mesti la senang nak buat akaun nanti.. dok gitu ?)
***
Mari kita mulakan yuk ... tajuk yang baru, ilmu yang baru
Sebenarnya B.A.D.L.E.H tu ialah akronim untuk :
Bahagian DEBIT dan KREDIT
Kenapa kalau akaun je mesti ada kene mengena dengan debit ngan kredit ?
Mesti selalu jadi tanda tanya kan dalam kalangan makcik-makcik dan mak-mak luar sana kan
Hahahaha ada-ada je kan ??
Haaa... tengok rajah atas tu
Bahagian Debit ada Belanja dan Aset manakala bahagian Kredit pulak ada Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil
Jadi, apa kejadahnya tu nak debit kredit bagai kan ?? Waduh waduh ya pak
Macam ni sebenarnya...
Jika ada apa-apa saje pertambahan Belanja atau Aset, maka akan direkodkan pada belah debit sesebuah akaun.. haaa.. kalau tambah belah debit, kalau berkurang belah kredit lah .. gituuu
Sama jugak untuk Liabiliti, Ekuiti Pemilik, dan Hasil, tapi terbalikkan sahaja ;)
Mungkin first-first jadi blur kannn, hahahah.. tak pe, saya dulu pun blur jugak masa mula-mula belajar PA nii.. tak pe tak pe , nanti dalam entry yang seterusnya, kita cuba aplikasikan konsep BADLEH melalui soalan yang mirip-mirip SPM .. nantikan ya ? ;)
Inilah akaun yang contoh tipikal :) |
BELANJA vs BELIAN
Just for fun :P |
Banyak pelajar yang keliru antara Belanja dan Belian, depe ingat benda yang sama, but no! they are not the same! Walaupun Belanja dan Belian kedua-duanya berada pada bahagian debit, tapi perbezaannya sangat ketara
Belian - ialah barang niaga yang kita beli dari pembekal sama ada secara tunai ataupun kredit (hutang) atau dalam erti kata lain, kita beli stok barang niaga kita
Belanja pulak - apa-apa saja yang memerlukan kita mengeluarkan wang untuk melangsaikannya
Baiklah, kita tengok contoh ni :
" Cik Jaty merupakan seorang pemilik perniagaan Kedai Bunga Jaty & Family. Beliau perlu mengeluarkan wang sebanyak RM500 bagi membayar kos elektrik kedainya dan RM1,000 bagi membeli bunga daripada pembekalnya "
Daripada situasi di atas :
Kita dapat tafsirkan maklumat bahawa ...
Belian : RM1,000 - sebab bunga ialah barang niaga bagi perniagaan Cik Jaty
manakala
Belanja : RM500 - sebab membayar kos elektrik memerlukan Cik Jaty mengeluarkan wang bagi melangsaikannya
OK ? Ada faham ? Hahahaha ... tak pe tak pe ... slow slow okay ? no pain, no gain :P
ASET
Aset didefiniskan sebagai harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan
Dalam erti kata lain : Aset ialah apa-apa sahaja harta yang kita (peniaga) ada sama ada dalam bentuk wang, benda, atau wang yang pihak lain berhutang dengan kita.
Susah sikit nak faham kan ? Ish ish ish.. ayat berbelit-belit hahaha
Nak bagi senang faham, aset semasa ni harta yang kecil, ringan, dan mudah dibawa macam duit, barang niaga, benda-benda kecil macam stok alat tulis ... haaa kan senang nak bawak kan lagipun kalau kita jual kat kedai, senang nak dapat duit ... contoh la kita jual stok alat tulis kita, terus dapat duit kan ? Sebab tu ia dikenali sebagai ASET SEMASA (dulu dipanggil aset jangka pendek)
Aset bukan semasa pulak, harta yang besar dan susah untuk dibawa ke mana-mana macam kereta, premis (kejadah nak bawak kedai ke hulu ke hilir kan ? hahahaha), mesin dan seumpanya ... dan juga benda-benda ni payah nak jual pulak tu ... kena sign agreement la, borang la, itu itu ini ini lah ... makan masa yang lama untuk dapat duit bila kita jual kan ? Sebab tu jugak la ia dikenali sebagai ASET BUKAN SEMASA (dulu juga dipanggil sebagai aset jangka panjang)
*panjang benor merepeknye kan hahahha
![]() |
Contoh sebuah premis perniagaan |
![]() |
Alatan-alatan pejabat |
![]() |
Penghutang |
![]() |
Tunai di tangan (banyak wooo) |
LIABILITI
Liabiliti ialah tanggungan atau hutang perniaggan kepada pihak luar
Bahagian liabiliti (hanya contoh) |
"Liabiliti semasa ialah hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dalam jangka masa pendek biasanya satu tempoh perakaunan (1 tahun)"
"Liabiliti bukan semasa ialah hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa panjang iaitu melebihi 1 tahun tempoh perakaunan"
Tak susah nak faham kan ? Simple aje ;)
Contoh sijil debentur (jumpa kat Pak Cik Google je hahaha) |
![]() |
Borang permohonan pinjaman (mak-mak kita panggil loan ek ?) |
EKUITI PEMILIK
Ekuiti pemilik merupakan hutang perniagaan kepada pemilikEkuiti pemilik juga dikenali hak milik pemilik.
Hak milik pemilik merupakan modal yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Sebab apa ? Sebab, modal yang dilaburkan boleh diambil bila-bila masa sahaja. Modal kan hak pemilik ? Huhuhu
Bahagian Ekuiti Pemilik |
Simbol + / - dalam rajah di atas menunjukkan kesan-kesan (pengiraan) yang akan terjadi kepada modal awal
Daripada proses pengiraan di atas , jumlah yang terakhir ialah modal akhir yang juga dikenali sebagai EKUITI PEMILIK
HASIL vs JUALAN
Hehehe |
Yang ini jugak sama kesnya dengan Belanja dan Belian tadi
Hasil - ialah pendapatan perniagaan yang berbentuk wang yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan
Jualan - ialah pendapatan perniagaan daripada jualan barang niaga atau stok
Jom kita tengok balik contoh tentang perniagaan Cik Jaty tadi ..
" Cik Jaty merupakan seorang pemilik perniagaan Kedai Bunga Jaty & Family. Beliau telah memperoleh wang tunai sebanyak RM450 daripada Pak Jiji yang menyewa sebahagian daripada premis perniagaannya. Beliau juga telah memperoleh wang berjumlah RM1000 hasil daripada jualan bunga beliau pada hari itu "
Daripada situasi di atas :
Kita juga dapat tafsirkan maklumat bahawa ...
Jualan : RM1,000 - sebab bunga ialah barang niaga bagi perniagaan Cik Jaty
manakala
Hasil : RM450 - sebab mendapat sewa daripada Pak Jiji tiada kaitan dengan urusan jual beli utama perniagaan iaitu jual beli bunga
Rasanya tak de masalah nak fahamkan yang ni kan ? Sama je dengan yang atas tuuu tadi ;)
Next post : kita akan aplikasikan pula BADLEH melalui soalan mirip SPM ... stay tuned :)
wa ila l-liqa'
Note : this entry will be updated in necessity for further citations and adjustments. tq
terima kasihhhhhhh sangat sangatt dah paham dah
ReplyDeletewahh terima kasih. cikgu saya terang konsep badleh ni tapi tak paham2 sbb tak fokus sangat. tq for this !!! moga Allah permudahkan urursan
ReplyDeletethis info helped me a lot during my last minute prep for exam..thank u so much
ReplyDelete