Calling All Form 3 Students Batch '00 !!!

2 comments
[updated 8/12/15]

Assalamualaikum WBT

Dear Form 3 students,

PT3 dah habis kan ??
14 Disember ni result pun dah keluar (walaupun ada yang dah tahu result)
dan... tahun depan tanggal 2016, bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar di peringkat menengah atas
SPM yaww
Jadi, dah tahu nak ambik subjek apa ??
Mai-mai ceq nak bermadah pasal PRINSIP PERAKAUNAN (kod: 3756)

1. Subjek Prinsip Perakaunan tu apa kebenda ? Ganas je bunyi
Haha.. memang ganas bunyinya.. dah ala-ala subjek kat U pulak kan
Prinsip Perakaunan ni atau P.A ni adalah kesinambungan kepada subjek Kemahiran Hidup pilihan 4 iaitu Perdagangan (terutamanya bab Simpan Kira lah... sapa yang ambik pilihan 4 ni tahulah betapa payahnya pilihan ni hahaha.. acah) Perakaunan secara umum bermaksud :

"Proses-proses pengumpulan maklumat untuk menghasilkan laporan kewangan sesebuah perniagaan"
 
Pening je ayat dia haha.. tapi bagi sayalah, Prinsip Perakaunan ni berkait rapat dengan alam perniagaan dan ianya bersifat PROFESIONAL

2. Periksa nanti macam mana ?
 
    Format Peperiksaan Prinsip Perakaunan mulai 2011
 
    Kertas 1:
    40 Soalan Objektif
    Tempoh : 1 jam 15 minit
    Soalan merangkumi semua topik di dalam T.4 dan T.5

    Kertas 2 (a.k.a kertas killer dan 'lubuk markah')
    Terbahagi kepada bahagian A dan B
    Terdiri daripada 6 soalan (soalan 1 format subjektif & 5 soalan format esei)
    esei ?! Haha.. bukan esei yang macam BM atau Eng tau.. esei PA ni buat akaun la kihkih
    Bahagian A : soalan 1 - 3 (wajib jawab semua)
    S.1 - 10 m
    S.2 - 25 m
    S.3 - 25 m
    Bahagian B : soalan 4 - 6 (pilih 2 daripada 3)
    Setiap soalan - 20 m
 
    Markah total : 100
 
    Kertas 3:
    Tugasan Projek
    2 Tugasan Projek - 1 di T.4 dan 1 di T.5
    Wajib dilaksanakan oleh pelajar PA jika tidak berjaya akan dikira TH dalam SPM sebenar
    Haaaa takut tak ?? Haha,, usah gentarrr... folio ni cikgu PA akan bimbing
    InshaAllah boleh dapat cemerlang ;-)

3. Orang kata subjek PA ni susah ?
Subjek mana yang tak susah kan ?? Lagi-lagi subjek yang melibatkan kemahiran macam PA ni
Tapi, jangan gelabah, jangan takut....
PA ni perlukan minat yang mendalam dan usaha yang luar daripada yang biasa untuk berjaya
Bukan untuk PA je, subjek lain pun sama resepi kejayaannya
Tak caya pi tanya senior2 mika tu haa :P

4. Apa je yang kita belajar dalam PA nanti ?

# sorry gambar tak clear... amateur lagi :3

5. PA ni ada teknik nak skor tak ?
Teknik ??? Ofcos you all... nama pun subjek Teknik dan Vokasional, mesti lah ada tekniknya
(pandai-pandai je kan haha)
Teknik-teknik untuk skor PA ni banyak sangat dan setiap topik mesti ada teknik-tekniknya
InshaAllah cikgu PA korang akan limpahkan segala teknik yang mereka ada untuk lihat anak-anak murid mereka berjaya ... lahai ayat skema hahaha
    Yang pentingnya di sini :
    1. Beri tumpuan kepada pengajaran cikgu
    2. Siapkan segala homework
    3. Buat banyak-banyak latihan ... I mean sangat-sangat banyak hahaha

6. Bahan rujukan dan latihan PA nak guna buku apa ?
    Buku Teks Prinsip Perakaunan
    Buku Rujukan I Love Akaun Cikgu Sila (sila tekan link)
    Apa-apa sahaja buku latihan yang disertakan jawapan penuh
    *Soalan-soalan percubaan SPM boleh didapati di laman web Cikgu Narzuki
      tekan sini

Buku I Love Akaun Cikgu Sila


Amanat yang terakhir ialah
Subjek Prinsip Perakaunan ni bukanlah seperti subjek-subjek lain yang memerlukan hafalan yang banyak, tetapi subjek ini memerlukan teknik, kemahiran, kefahaman dan minat yang tinggi untuk menguasai asas-asas Perakaunan

Ingat ya ! Ini baru Prinsip Perakaunan
Hahahaha

Faham Akaun, Bukan Ingat :)
credit - Cikgu Sila SAS



wa ila l-liqa' 

Note : this entry will be updated in necessity for further citations and adjustments. tq

2 comments:

  1. Saya SPM aliran sains tapi ingat nak sambung akaun. Mind giving me some advices?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh,, aq x expert sgt nk beradvise2 ni... hahaha but I'll try :3 ... mind if we have a pm session, it's easier for me to merepek hahaha

      Delete