Pengenalan Kepada Perakaunan

Leave a Comment
Assalamualaikum WBT


Heyya future Accountants :D !!


Jadi, entry kali ni saya akan fokuskan kepada Bab 1 Tingkatan 4 iaitu PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Macam biasa la kan, kalau Bab 1 satu Form 4 je mesti Pengenalan, kalau Pengenalan je mesti bab 1 Form 4… kan kan kan ??? Hahaha
Bab Pengenalan Kepada Perakaunan ni sangat penting untuk subjek PA tak macam subjek-subjek lain (Bab 1 Physics pun penting jugak nohh.. hahaha just my two sense XD )
Tapi, Bab 1 ni tak la sampai perlu hafal sebutir-sebutir ayat dalam bab ni tapi ada beberapa bahagian je dalam bab ni yang agak penting (kerap ditanya dalam peperiksaan… cewah macam la dah expert sangat dalam PA ni kan hahaha.. just sharing my knowledge ;) )!!


P/S – untuk budak-budak Form 4, Bab 1 ni memang kena baca habis-habisan sebab masuk periksa hahah… almaklumlah nak cukupkan soalan kan hehehe


Jadi, saya akan highlightkan bahagian-bahagian yang penting dalam bab ni yang WAJIB dikuasai oleh pelajar PA terutamanya yang nak ambik SPM tu haaa … Ya Ampunnn


  • Penyata Kewangan




  • Pengguna Penyata Kewangan
    • Pengguna Dalaman – individu yang ada dalam perniagaan tu
    • Pengguna Luaran - individu yang tak terlibat / urus perniagaan tu


  • Sejarah Perakaunan
    • Bapa Perakaunan – Luca Paciolli
    • [karya Summa de Arithmetica & Proportioni et Proportiaonalita]
    • [menggunakan kaedah Venice]


  • Konsep Pendedahan VS Konsep Penemuan (Disclosure VS Discovery)
    • Pendedahan – maklumat penting dan revelan perlu didedahkan dalam Penyata Kewangan
    • Penemuan – maklumat hanya didedahkan sekiranya dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu [pihak luar]





  • Milikan Perniagaan
Ciri-Ciri
Milikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat Berhad
Koperasi
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Awam Berhad
Akta Kawalan
Tiada
Akta Perkongsian 1961
Akta Syarikat 1965
Akta Koperasi 1993
Sumber Modal
Sendiri
Sumbagan Pekongsi
Terbitan saham kepada pemegang saham
Terbitan saham kepada orang awam
Sumbangan yuran ahli atau terbitan saham
Entiti Perniagaan
Tidak terpisah daripada pemilik
Perniagaan merupakan satu badan yang sah dan terpisah daripada pemilik atau ahli
Liabiliti (Tanggungan)
Tidak terhad
Tidak terhad kecuali pekongsi terhad
Terhad
Pengurusan dan Kawalan
Pemilik sendiri dengan bantuan pekerja
Pekongsi aktif dengan cadangan dan idea pekongsi lain
Lembaga Pengarah bertanggungjawab terhadap polisi syarikat. Pengurusan mungkin diserahkan kepada professional yang bukan pemegang saham syarikat
Lembaga Pengarah dilantik oleh ahli. Kuasa undi adalah sama
Pindahan Pemilikan
Jual perniagaan
Persetujuan pekongsi
Saham dipindah milik dengan persetujuan semua pemegang saham
Saham boleh dipindah milik secara bebas
Tidak bebas
Pengagihan Keuntungan
Pemilik menikmati segala keuntungan dan menanggung segala kerugian
Untung Rugi dibahagi mengikut perjanjian
Berbentuk dividen
Lebihan dalam bentuk dividen atau rebat
Jangka Hayat
Tidak kekal
Kekal walaupun ada perubahan hak milik
Bilangan Ahli
Seorang sahaja
Biasa – 2 hingga 20
Bank – 2 hingga 10
Profesional – 2 hingga 50
2 - 50
Minimum 2
Tiada had maksimum
Minimum 100
Tiada had maksimum


  • Konsep Perakaunan
Konsep-konsep ini kena-kena-kena hafal sebab selalu sangat ditanya dalam Kertas 1 mahupun Kertas 2 tauu !
Definisi-definisi yang disertakan bukanlah yang piawai, definisi yang sebenar harus dirujuk di dalam Buku Teks Prinsip Perakaunan


Ketekalan
Kaedah perakaunan yang digunakan mestilah sama
Entiti Berasingan
Pemilik tak boleh campur adukkan akaun peribadi dengan perniagaan [cth – ambilan]
Tempoh Perakaunan
Setiap perniagaan mesti ada jangka masa perekodan
Perakaunan Asas Akruan
Akruan atau Tertunggak mesti diambil kira dalam mana-mana perekodan
Usaha Yang Berterusan
Perniagaan tak akan dibubarkan
Wang Sebagai Ukuran
Urus niaga guna duit sahaja
Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama
Guna nilai pasaran untuk Aset Bukan Semasa
Prinsip Catatan Beregu
Setiap catatan ada kembarnya
Konservatisme
Kerugian yang dijangka akan dicatat
Tips SPM – aplikasikan untuk penilaian Stok Akhir dalam PP dan KKK iaitu ambil nilai terendah sahaja
Materialiti
Pelarasan dibuat untuk urus niaga besar sahaja
Kos Sejarah
Urus niaga dalam harga asal
Red Alert ! Konsep ini tidak wajar diaplikasikan semasa penyediaan PP dan KKK atau Pelarasan … pelajar PA sering tersilap


  • Kitaran Perakaunan
Tips SPM – bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4, kitaran perakaunan ini kena hafal, tapi lepas dah masuk Tingkatan 5, kitaran perakaunan ni boleh diingat dengan merujuk proses Simpan Kira … iaitu dari bab Dokumen Perniagaan sehingga Penyata Pendapatan Milikan Tunggal … jadinya, tak perlu ler nak hafal benda ni ya … dah boleh kaitkan dengan apa yang kita belajar dalam Tingkatan 4 … pernah sedar tak ?? Hehehe … sedar-sedarkan diri




wa ila l-liqa’

Note : this entry will be updated in necessity for further citations and adjustments. tq

0 comments:

Post a Comment